ni gambar masa aku gi makan ngan bini aku kat kampung grill. first time singgah makan sini. btw, thumbs up! memang sedap... tu bagi tekak aku la. bagi korang tak tahu pulak aku. sesapa yang belum penah datang jemput ler singgah makan sini ek. sesekali bertukar selera best gak kan? restoran ni area pasir pekan-kutan. berhampiran pasaraya salamku. tak jauh ngan umah aku. kalu nak datang roger-roger la ekk.. hihi.
Sabtu, 22 Disember 2012
Khamis, 20 Disember 2012
peminat fanatik ikan
fikri ni minat giler ngan ikan. tak kira apa jenis ikan sekali pun sume nya dia minat. boleh terlompat-lompat bila dia tengok. nak lagi kalau yang dalam akuarium yang comey-comey gini, lagi lah dia ralit duk tengok. nak ajak gi ke tempat lain pun dia tak layan dah. sejam pun dia boleh hadap... anak sape la tuhhh? ni mesti ikut jejak mama dia masa kecik-kecik ni...hahahhaa...
Sabtu, 15 Disember 2012
CENDERAHATI LANGKAWI
ni antara pemberian abang long aku. dia sekeluarga baru jer lepas bercuti di Langkawi. bagus betul dia dalam duk hepi2 cuti-cuti malaysia, ingat jugak kat adik-beradik di kelate ni... hihi. aku pulak entah bila la akan sampai Langkawi. tak pernah jejak pun lagi kesana. haih...maybe next year kot? insyaALLAH....
Jumaat, 30 November 2012
si cilik fikri
Rabu, 28 November 2012
Nasi goreng jer malam ni
nasi goreng kampung fresh dari kuali
Isnin, 26 November 2012
Pantai Sri Tujuh
aku just nak share gambar pantai sri tujuh jer. masa ni aku tak join pong. bini aku jer yang pergi ngan si fikri. aku malas nak kuar.. duk umah lagi best... boleh jaga kedai...kikiki...
Di pasar malam buluh kubu
Aku ke sini masa menunggu untuk beli durian crepe hari tu. Disebabkan aku sampai terlalu awal. So aku ajak bini aku gi merendet sini dulu. Lama dah tak singgah. Meriah lagi ke idok ehh? Masa aku sampai tu orang tak ramai mana pon. Maybe sebab masih awal kot.
Kat sini bermacam-macam makanan dijual. Serba ada. aku pulak takdak nak cari pape pun just jenjalan. Cuma masa nak balik tu beli gak la hot dog bakar ngan air kelapa muda. Makan panas-panas sambil bawak kete…besttt…hihi…..
Ahad, 25 November 2012
Terlebih kreatif ni

Basikal yang aku beli untuk fikri masa besday dia hari tu telah pon selamat di modified oleh aku. Haha. Tapi aku bukan nya letak turbo ke hape ok. Aku just letak nama dia jer. Hihi. guna sticker jer pun. Memula nak wat nombor plat. Tapi at last tukar fikiran. Makanya aku letak nama dia jelah. H.A.Z.I.Q. F.I.K.R.I.
Tapi kan bila nak tepek tu baru aku terperasankan sesuatu. Something wrong somewhere disitu…hahahaha…. Tapi dah malas punya pasal. Aku bantai letak jugak… malas dah nak gunting yang lain…keh…keh..keh… kalo lah fikri tu dah pandai ABC, konfem dia gelakkan aku kan? Hahahaha….
Jumaat, 23 November 2012
Si jemput ikan bilis
Ni hasil air tangan bini aku beberapa malam yang lepas. Sedappp wooo… memang makanan febret aku la ni. Dulu bini aku suka letak telur dalam adunan ni. Tapi aku tak suka sebab dia akan jadik lain sikit tekstur dia. Kalo tak letak telor lagi best. Buat biar masin sikit, pedas-pedas sikit. pastu makan panas-panas dan cicah ngn sos. Pergghhh…terangkat beb!
Selasa, 20 November 2012
Durian crepe yang fofulor
pic cilok dari blog bini aku : jaakechik corner
Rata-rata kini orang pakat duk cerita mengenai durian crepe. Akhirnya aku pon dapat jugak merasa. Rasanya memang sedap. Patut la dia sangat fofulor sekarang. Harga pun takde la mahal sangat. Nak makan hari-hari pon mampu punya… 6biji RM10. Aku beli 4 kotak di stadium kota bharu. Sekejap jer licin…hehehehe…. Korang dah makan durian crepe? Cuba lah…. konfem tak menyesal punya!
Khamis, 8 November 2012
Kenangan Hari Raya 2012
hahhaha. malu sbenornya nak tunjuk. tapi nak gak tepek kat dalam blog. buat kenangan di hari tua nanti... hihihi... nasib baik bini aku tu ringan, kalau tak? konfem tak leh nak dukung.... hihi... kalaulah 10 tahun lagi aku tengok pic ni, mesti boleh buat aku gelak sorangp-sorang ni kan? kah...kah..kah... ~tak boleh bayangkan situasi itu nanti. :)
Selasa, 6 November 2012
Hadiah untuk diri
Hadiah jam untuk diri sendiri. Hehe. Kelakar kah? Sesekali berbelanja lebih untuk diri tak salah kan? dah lama tak beli jam. Setelah ada duit lebih dapat ler aku seutas jam baru, sebab jam sedia ada dah rosak. Walau tak dapat model yang di idamkan hati, tapi ini pun aku dah bersyukur. Hasil titik peluh sendiri…hehe… ada rezeki lebih kita tukar lagi. Ye dak?
Khamis, 1 November 2012
Celebrate 1st besday fikri
Sambutan hari jadi anak aku yang pertama. Alhamdulillah sudah cukup setahun umur dia. Banyak kenangan membesarkan dia. Mengajar aku erti banyak perkara. Yang paling utama tanggungajawab aku sebagai bapa, suami, anak dan hamba ALLAH.
Sambutan hari jadi itu dibuat ala kadar sahaja di rumah pengasuh fikri. Hari tu dia demam. Aku belikan fikri basikal. seronok bila tengok anak gembira. Semoga fikri jadi anak yang soleh ya. Ingat, sayang dan prihatin pada abah dan mama. Juga taat pada ALLAH.
p/s : Selamat ulangtahun kelahiran pertama , Muhammad haziq fikri.
Jumaat, 12 Oktober 2012
selera cik siti
bagi aku makanan kat sini memang best. cuma tang rege tu ada mahal sikit la dari kedai-kedai lain. haha. bukan aku berkira just nak share ngan korang je ni. servis cepat. kedai bersih. memang tip top. len kali boleh ler nak datang lagi. tapi disebabkan jarak yang jauh...entah bila ler nak sampai lagi....haha.
paling best milo tabur tu,...perhhh... betul-betul kaw. memang superbb! chicken chop tu pongg licin aku bantai. tapi bini aku tak habis pulak makan nasi ayam penyet tu. dia kata sedap tapi tak dapat habiskan sebab terlampau banyak. haih. aku gak la yang tolong perabih kan makanan dia. takpe bekas bini aku gak kan? kikiki....
Khamis, 4 Oktober 2012
celebrate besday my wife...
kami hanya keluar makan bertiga di Secret Recipe Kb Mall... sambutan yang sangat simple. apa pun yang penting, semoga bini aku heppy.. kalau tak dicelebrate maunya dia merajuk ngan aku.... dibuatnya merajuk takmo masak sebulan. aku gak yang haruu... adehh.. sape tak sayang bini oiii....
Sabtu, 24 Mac 2012
Selasa, 20 Mac 2012
the avenger
cerita adaptasi komik yg di tunggu-tunggu ramai. cerita ini mungkin akan menjadi film wajib tonton pada tahun ini. pasti ramai yg belum tahu bagai mana hero-hero ini boleh di gabungkan dalam sebuah cerita, dan ramai yg tertanya-tanya kenapa tiba-tiba muncul watak baru
seperti agen Natasha Romanoff sebagai Black Widow, Jeremy Renner sebagai Hawkeye dan Mark Ruffalo sebagai penganti watak hulk yg kurang dikenali berbanding superhero lain, tapi mereka adalah watak penting dalam filem berkenaan, sama seperti superhero lain.
Black Widow sebenarnya telah muncul sebagai watak sokongan dalam Iron Man 2, manakala Hawkeye hanya muncul sebagai pelengkap cerita dalam filem Thor. Mungkin ramai yg tak perasan kemunculannya. Diharap film ini akan menjadi film antara yg terbaik tahun ini, sama-samalah kita nantikan kemunculan di pawagan tak lama lagi. selamat menonton..
memang best.......
pengenalan
Aku berasal dari Kelantan. sudah berkahwin dah sudah ada anak satu. tujuan aku membuka blog ni untuk berkongsi apa-apa yg patut dengan saudara sekalian di luar sana...
Langgan:
Catatan (Atom)